Apa itu JTX Airtracker
JTX AirTracker berfungsi untuk menukarkan molekul-molekul
udara menjadi struktur molekul-molekul yang halus sebelum masuk ke dalam kebuk
pembakaran enjin. Struktur molekul-molekul yang halus ini membolehkan bahan api
dapat dibakar sepenuhnya dengan kadar optimum. Pembakaran yang berlaku secara
optimum di dalam kebuk pembakaran enjin dapat meningkatkan prestasi enjin
dengan gerakan omboh yang lebih lancar serta menjimatkan bahan api.
Kebaikan JTX Airtracker
- meningkatkan prestasi enjin
- mengurangkan enapan karbon di dalam enjin
- menjimatkan penggunaan petrol/bahan api melalui peningkatan nisbah pembakaran bahan api
- enjin menjadi lebih senyap
- anti kepanasan enjin
- memanjangkan jangka hayat enjin
- mengurangkan pelepasan karbon monoksida dari ekzos
Pemasangan JTX Airtracker
JTX AirTracker dipasangkan dengan hanya melekatkan sticker
tersebut di atas penutup penapis udara (air filter) kenderaan anda.
Bilangan sticker yang perlu dilekatkan bergantung kepada
kapasiti enjin anda :-
Kenderaan < 1,599CC - 3 keping sticker
Kenderaan 1,600 sehingga 2,999CC - 6 keping sticker
Kenderaan melebihi 3,000CC - 9 keping sticker
Kesan Pelepasan Gas Karbon Dioksida Dan Gas Karbon
Monoksida Selepas Pemasangan JTX AirTracker
Karbon Dioksida
Selepas 30 min - pelepasan gas berkurangan sebanyak 21%
Selepas 150min - pelepasan gas berkurangan sebanyak 56%
Karbon Monoksida
Selepas 30 min - pelepasan gas berkurangan sebanyak 60%
Selepas 150min - pelepasan gas berkurangan sebanyak 87%
JTX
Airtracker - Mingguan Malaysia
Pada 18 Mei 2014
yang lepas, artikel mengenai produk hebat daripada syarikat Hai O Marketing,
JTX Air Tracker telah diterbitkan di Mingguan Malaysia. Di dalam artikel ini, kita
dapat banyak maklumat berguna berkenaan dengan sticker JTX Air Tracker ini.
Berikut antara apa
yang dijelaskan di dalam artikel tersebut:
PUTRAJAYA 17 Mei -
Kenaikan harga petrol menyebabkan permintaan terhadap alat penjimat minyak
kenderaan begitu tinggi di pasaran.
Ini kerana enjin yang menggunakan petrol secara efisien dapat menjimatkan wang setiap kali mengisi minyak.
JTX Airtracker
merupakan produk penjimatan minyak terbaharu di pasaran yang berfungsi
menjadikan enjin kenderaan melakukan proses pembakaran lengkap, sekali gus
menjimatkan minyak serta mengurangkan pelepasan karbon monoksida dan karbon
dioksida yang membahayakan alam sekitar.
Menariknya,
berbanding produk penjimatan petrol lain yang menggunakan minyak atau magnet,
ciptaan JTX Airtacker yang dimiliki syarikat tempatan, Hai-O Enterprise
merupakan pelekat yang ditampal di atas penapis udara kenderaan.
Perunding produk
tersebut, Dr. Muhammad Saleh Kamaruddin berkata, pelekat itu akan menukar
molekul udara menjadi molekul yang sangat halus bagi mengoptimumkan proses
pembakaran petrol oleh enjin kenderaan.
“Dengan itu, enapan
karbon di dalam enjin dan pelepasan karbon monoksida daripada ekzos dapat
dikurangkan, sekali gus meningkatkan prestasi dan memanjangkan hayat enjin
kenderaan.
“Berdasarkan ujian
yang dibuat, JTX Airtracker memberikan penjimatan minyak sehingga 30 peratus
dan mengurangkan pelepasan karbon monoksida sebanyak 87 peratus selepas 150
minit digunakan. Ekzos juga lebih tidak panas dan boleh dipegang kerana
peralatan itu akan mengeluarkan hidrokarbon," katanya ketika ditemui di
sini hari ini.
Menurut Muhammad
Saleh, kenderaan dengan kapasiti enjin di bawah 1,600cc perlu menggunakan tiga
keping pelekat JTX Airtracker, 3,000cc ke bawah (enam keping) dan melebihi
3,000cc (sembilan keping).
“Pelekat ini
mempunyai jangka hayat selama dua tahun selepas dipasang. Walaupun harga satu
set JTX Airtracker yang mempunyai tiga keping pelekat ialah RM296, pengguna
akan mendapat penjimatan petrol sehingga RM4,380 dalam tempoh tersebut.
“Sekiranya isi
petrol RM20 sehari, JTX Airtracker menjimatkan 30 peratus atau RM6 sehari. Ini
bermakna, dalam tempoh dua tahun, jumlah penjimatan adalah RM4,380. Pengguna
hanya membelanjakan tambahan 35 sen sehari bagi setiap isian petrol RM20 dengan
JTX Airtracker," katanya.
Beliau berkata,
produk JTX Airtracker yang dicipta oleh sekumpulan saintis dari dalam dan luar
negara pernah memenangi pingat emas bagi kategori alam sekitar dan tenaga boleh
diperbaharui dalam Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX
2013).
“Pada masa itu, nama
ciptaan itu ialah Pro Green. Selepas dipatenkan, namanya ditukar kepada JTX
Airtracker," katanya.
Mereka yang berminat
untuk membeli atau menjadi pengedar produk tersebut boleh menghubungi Muhammad
Saleh di talian 019-3858858 atau Ahmad Hilal (019-6226858), Muhammad Fairul
Sulaiman (019-2777858) atau Alwi Mahari (019-9020410).
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140518/dn_29/JTX-Airtracker-jimat-minyak-pelihara-alam-sekitar#ixzz34FbP8rdo
© Utusan Melayu (M) Bhd
Bagaimana JTX Airtracker berfungsi
Ramai orang tertanya-tanya bagaimana sekeping stiker boleh menjimatkan
penggunaan minyak petrol pada kenderaan. Di sini saya ingin kongsikan serba
sedikit mengenai JTX Airtracker ini.
Anda pasti tahu bagaimana enjin kenderaan berfungsi. Saya nak terangkan
lebih lanjut pun tak berapa hebat sangat. Tp anda boleh lihat gambar dibawah.
Kalau salah, harap di betulkan. Ini cuma dari kefahaman saya.
Piston Pertama
Udara + bahan api (petrol atau diesel) masuk ke ruang kebuk
pembakaran (combustion chamber) melalui 'intake valve' yang telah di buka.
Pada ketika ini, piston akan berada di bawah.
Piston Kedua
Kedua-dua 'valve' ditutup dan piston bergerak ke atas untuk compressed
campuran udara + bahan api
Piston Ketiga
Kedua-dua valve masih lagi dalam keadaan tertutup dan palam pencucuh
mengeluarkan percikan api selepas campuran udara+ bahan api di compressed dan
menyebakan piston turun ke bawah.
Piston Keempat
Gas-gas seperti CO (karbon monoksida) + CO2 (karbon dioksida) +
H2O (air) akan terhasil dan keluar melalui 'exhaust valve' yang terbuka.
Manakala 'intake valve' pula berada dalam keadaan tertutup.
Pembakaran terjadi kerana adanya elemen BAHAN API dan UDARA (oksigen).
Tanpa 2 unsur ini, pembakaran tidak akan berlaku. Akan tetapi, pembakaran
yang berlaku di dalam enjin tidak mencapai tahap optimum disebabkan oleh luas
permukaan molekul-molekul udara. Akibatnya penggunaan bahan api yang berlebihan
digunakan untuk membakar molekul-molekul udara yang besar tersebut dan akhirnya
menambahkan penghasilan karbon monoksida dan karbon dioksida melalui ekzos.
Berbalik kepada persoalan kita tadi, Apakah kaitan nya dengan JTX Airtracker?
Cuba anda bayangkan diantara sehelai kertas dgn kertas yang telah
dikoyakkan menjadi cebisan kecil itu dibakar. Yang mana satukah akan
cepat terbakar? Sudah semestinya kertas yang telah dikoyakkan tadi kerana luas
permukaan nya lebih kecil berbanding sehelai kertas yang mempunyai luas
permukaan yang lebih besar.
Luas permukaan mempengaruhi tenaga (bahan api) yg diperlukan utk
pembakaran lengkap. Begitu juga hal nya dengan enjin kenderaan berfungsi. Lebih
besar molekul-molekul udara, lebih banyak bahan api yg diperlukan utk
pembakaran.
Disini lah kita akan faham fungsi JTX Airtracker. Seperti yang anda sedia
maklum, JTX Airtracker berfungsi untuk menukarkan molekul-molekul udara menjadi
struktur molekul-molekul yang lebih halus sebelum masuk ke kebuk pembakaran
enjin. Ia diletakkan di bahagian ‘air filter box’ untuk menukarkan
molekul-molekul udara kepada struktur lebih kecil sebelum melalui proses
pembakaran.
Bila pembakaran minyak berlaku dengan sempurna dan optimum, maka enjin
dapat berfungsi dengan cemerlang. Pinston juga bergerak lebih lancar kerana
penggunaan minyak JTX (kurang geseran) dan ini boleh menjimatkan pembakaran
minyak kereta untuk prestasi yang sama. Komponen dalam enjin juga boleh tahan
lebih lama. JTX Airtracker bukan sahaja boleh menjimatkan petrol, tapi
teknologi ini juga menyumbang kepada persekitaran yang lebih hijau kerana
apabila berlaku pembakaran sempurna, ia dapat mengurangkan pelepasan karbon
dioksida sebanyak 21% dan karbon monoksida 60%. Lebih memeranjatkan lagi, ekzos
pon tidak panas (suam dan boleh dipegang) serta selepas 15-20 min
pemasangannya, air dilihat mengalir keluar di ekzos.
No comments:
Post a Comment