Company

Sejak ditubuhkan pada tahun 1975, Hai-O Group telah menjalankan perniagaan perubatan tradisional China dengan berlandaskan konsep, produk yang berkualiti dengan harga berpatutan dan sentiasa melakukan kerja amal.

Pada tahun 1996, Hai-O Enterprise telah melangkah ke era baru dalam sejarah korporat apabila ia Berjaya disenaraikan di Papan Kedua Bursa Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur). Sejak itu ia telah memegang rekod perkhidmatan yang cemerlang memberikan dividen kepada para pemegang sahamnya tahun demi tahun. Ia merupakan syarikat pertama dan satu-satunya yang disenaraikan di Bursa Malaysia dengan perniagaan teras perdagangan dalam produk penjagaan kesihatan tradisional.

Perniagaan utama Kumpulan Hai-O melibatkan pemborongan, pengimportan, peruncitan, jualan langsung, pharmaceutics, dan operasi klinik perubatan Tradisional Cina. Sepanjang tiga dekad ini, Hai-O telah berjaya menubuhkan rangkaian jualan melalui strategi pemasaran yang berkesan.

Hai-O Marketing Sdn Bhd yang telah ditubuhkan sejak September 1992 merupakan 100% milik anak syarikat jualan langsung Hai-O Enterprise Berhad. Ia telah muncul sebagai sebuah syarikat jualan langsung terkemuka di Malaysia.

Oleh kerana prestasi cemerlang, Hai-O Marketing telah dipilih sebagai salah satu daripada sepuluh syarikat jualan langsung di Malaysia. Selain itu, ia telah Berjaya meraih gelaran “Syarikat yang paling mengesankan”, “Syarikat jualan langsung yang paling pesat berkembang”, dan “Syarikat yang paling mantap”.

Sehingga hari ini, Hai-O Marketing memiliki  lebih daripada 34.000 pengedar dan lebih 50 stokis / pusat pengedaran di seluruh Malaysia, untuk memudahkan pengedar mendapatkan produk-produk mereka.

Hi-O Marketing telah menjadi ahli Persatuan Jualan Langsung Malaysia sejak tahun 1994.

No comments:

Post a Comment